Tuesday 1 April 2014

Lebih ramai tak puas hati dengan Najib kini

Peratusan jumlah rakyat yang tidak berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) meningkat kepada 44% pada Mac 2014 berbanding 40% pada Disember 2013, dedah kaji selidik Merdeka Center.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, rating perdana menteri itu bagaimanapun kekal pada tahap 52% pada tempoh sama.


Sementara itu, 49% merasakan negara ini bergerak ke arah bertentangan berbanding 38% yang merasakan sebaliknya.

Kajian berkenaan, kata Ibrahim, dijalankan bermula September ketika isu berkenaan pemotongan subsidi, peningkatan harga bahan api dan gula serta bil elektrik berlaku.

Kajian itu turut menunjukkan luahan "kegembiraan" terhadap kerajaan meningkat daripada 38% pada Disember 2013 kepada 42% pada Mac 2014.

Peningkatan itu dipercayai berpunca, terutamanya daripada persepsi pengundi luar bandar dan mereka yang berpendapatan kurang RM1,500 ke bawah kerana mereka merupakan kumpulan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia. – tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP