Thursday 10 April 2014

PANAS - Pemain Bola Sepak Terkenal Malaysia Di Tangkap Khalwat



Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) semalam menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini berkenaan.

Menurut sumber dari Bernama, dua pemain skuad Tok Gajah dalam linkungan 20-an  itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi oleh JAIP.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa JAIP mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya juga siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua pemain bola sepak yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an itu juga.

Kesemua mereka yang disyaki dibawa ke Pejabat JAIP untuk siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP