Wednesday 16 April 2014

Pergaduhan Antara Penyokong Perak Dan JDT



IPOH: Perlawanan Liga Super Malaysia yang melibatkan Johor Darul Ta’azim (JDT) sekali lagi menyaksikan kekecohan - kali ini di Stadium Perak, Ipoh pula pada malam Selasa dalam perlawanan dengan pasukan Perak.

Sungguh menyedihkan apabila penyokong kedua-dua belah pasukan bergasak dan bergaduh serta saling baling membaling apa sahaja yang ada di tangan.

Nasib baik lah tindakan pantas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya membendung kekecohan dan pergaduhan itu daripada berpanjangan.

Pada satu ketika, kira-kira 250 penyokong JDT terpaksa merempuh lari ke tengah padang untuk menyelamatkan diri mereka.

Malah selepas perlawanan tamat dan jam menunjukkan pukul 11.30 malam, penyokong JDT masih kelihatan berada di atas padang dan enggan meninggalkan stadium kerana khuatirkan keselamatan mereka.

Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya tiga penyokong berjaya ditahan polis.

Juga didapati penyokong tuan rumah turut membakar suar serta membaling mercun sejurus selepas tamat perlawanan.

Dalam kejadian itu, jurugambar NST, Supian Ahmad telah tercedera di lutut kanan terkena balingan batu ketika dia cuba merakamkan gambar kekecohan dari tempat duduk penyokong JDT.

Supian dilihat rebah selepas terkena balingan tersebut. Bagaimanapun dia berjaya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Bibit-bibit yang perlawanan malam tadi bakal mencetuskan kekecohan sudah dapat dirasai pada sebelah pagi apabila terdapat kesan contengan pada badan dua buah bas yang membawa skuad Harimau Selatan itu.

‘Terdapat contengan 'This Ipoh' pada badan bas berkenaan ketika ia diletakkan berhampiran hotel penginapan skuad berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis telah menerima tiga laporan berhubung insiden contengan pada badan bas berkenaan.

Menurutnya laporan dibuat di Balai Polis Sungai Senam dekat sini.

Beliau menambah, terdapat juga satu laporan polis dibuat sebuah kereta Toyota Hilux milik pasukan JDT turut menjadi mangsa vandalisma itu.

FAM dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung insiden malam tadi hari ini.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP