Saturday 16 July 2016

CUBAAN RAMPASAN KUASA OLEH TENTERA TURKI GAGAL



Polis cawangan khas Turki telah berjaya menangkap mereka yang terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan yang SAH di Turki. Berlaku pertempuran menyebabkan 17 orang polis terbunuh menurut sumber berita.

Rakyat Turki kelihatan turun ke jalanan membantah percubaan rampasan kuasa yang berlaku malam tadi. Masjid-masjid di Turki melaungkan azan berterusan sebagai tanda musibah yang mengharapkan bantuan Allah swt.

Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik. 

-------------------------------



Warga Istanbul, Turki, keluar di jalan raya bagi menghalang pergerakan anggota tentera yang cuba merampas kuasa, sebentar tadi.


ISTANBUL, Sabtu – Beribu-ribu warga Istanbul dan ibu negara, Ankara, keluar di jalan raya bagi menghalang cubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan pegawai dan anggota tentera negara itu, sebentar tadi, tatkala Presiden Recep Tayyip Erdogan muncul di luar Lapangan Terbang Istanbul.

Media Turki melaporkan sekurang-kurangnya 17 anggota polis dan dua orang awam terbunuh bertempur dengan anggota tentera yang cuba merampas kuasa, selepas mengebom bangunan Parlimen negara itu, beberapa jam lalu.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim memberitahu keadaan dalam negara adalah terkawal selepas cubaan rampasan kuasa itu digagalkan.

Beliau turut mengisytiharkan zon larangan terbang di ibu negara, Ankara.

Sebelum itu, sekumpulan anggota tentera mendakwa mengambil alih pemerintahan negara itu dengan mendakwa Turki kini ditadbir oleh sebuah ‘Majlis Keamanan’.

Bagaimanapun, Erdogan berkata, beliau akan menangani apa yang anggap sebagai ‘pemberontakan minoriti’.

Sebelum itu, beliau menyeru rakyat Turki untuk keluar ke jalan raya bagi menghalang cubaan merampas kuasa itu.

“Saya menggesa rakyat Turki untuk berhimpun di dataran awam dan lapangan terbang. Saya tidak pernah percaya kepada kuasa yang lebih tinggi, daripada kuasa rakyat,” katanya.

Belum dapat dipastikan pihak mana di dalam angkatan tentera negara itu yang cuba merampas kuasa, namun laporan menyebut beberapa pegawai tertinggi tentera telah ditangkap. – Agensi






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP