Saturday, 9 July 2016

Hina Pemberian Duit Raya;: Nga Kor Ming Buat Kerja Bodoh

Polis siasat Nga Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan



PUTRAJAYA: Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan ke atas Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima beberapa laporan terhadap entri Facebook Nga.

"Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

"Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.

"Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk," katanya.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP