Saturday, 9 July 2016

Jualan Air Kangen Tak Ikut Peraturan



KUALA LUMPUR- Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan kerana didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.

Beliau berkata Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan.

"Kementerian mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.

Di samping itu, katanya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.

"Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. - Bernama



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP