Tuesday, 5 July 2016

Pukul Orang Tua Di Jalan Masjid India Dan Rosakkan Keretanya



Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki menyerang warga emas yang terlanggar motosikal yang berhenti mengejut di Bazar Jalan Masjid, di sini, petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki yang berusia 76 tahun itu dikatakan memandu perlahan di lokasi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, seorang penunggang motosikal memotong kereta dipandu mangsa dan berhenti secara mengejut.

"Tindakan itu menyebabkan warga emas terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang motosikal lelaki berkenaan.

"Ketika mahu melihat keadaan keretanya, dia diserang 10 lelaki yang bertindak memukulnya dan merosakkan keretanya sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan.

Rusdi berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati hanya seorang saksi tampil membantu mangsa dan memberikan keterangan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia tidak mengenali penyerang berkenaan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan," katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

borhan sharif 5 July 2016 at 23:13  

Kebanyakan anak muda geng rempet yg ganas gini sering juga diguna untuk ganggu ceramah...
Mungkin tak pernah diambil tindakan, maka mereka berasa selesa dengan tabiat samseng dan kurang ajar mereka....
Semoga yg bodoh dan seangkatan seperti mereka ini boleh jadi cerdik, paling tidak 3.85 macam Mat Maslan...Hmmm.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP