Friday, 1 July 2016

Sultan Johor Menang Bida F1 Berharga RM836,660



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1, dengan nilai RM836,660.

Nombor pendaftaran kenderaan 'F' diperkenalkan untuk turutan nombor baharu bagi Putrajaya

Bagi nombor pendaftaran F2 pula, ia berjaya dibida pada nilai RM514,800 manakala F3 (RM344,300) dan F4 (RM250,000).

Keputusan bidaan nombor plat berkenaan kini boleh dilihat di Bahagian Pelesenen Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dan semua JPJ negeri bermula pukul 3 petang tadi.

Sebelum ini, JPJ menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya 'F1' mampu dijual melebihi RM1 juta.

Sebelum ini, Baginda turut berjaya memenangi bidaan nombor pendaftaran WWW1 dengan nilai RM520,000.

Dalam pada itu, nombor pendaftaran bagi F12 berjaya diperoleh dengan nilai bidaan RM110,000 oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V di bawah nama asal baginda, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan ismail - UTUSAN ONLINE




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP