Friday 16 September 2016

Jenazah Haron Din Akan Dikebumikan Di AS



KANGAR: Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, mengamanatkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini untuk dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaikan Allahyarham di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, di sini, sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

"Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi, hari ini

Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP