Friday, 16 September 2016

Ugutan Bunuh: Polis Serbu Rumah Pelakon Remy Ishak



KUALA LUMPUR 16 Sept.- Rumah pelakon, Remy Ishak semalam diserbu polis setelah dipercayai menerima laporan dari seorang individu.

Remy atau nama sebenarnya, Mohamed Zalemei Ishak memerusi laman sosial Twitternya memuat naik sekeping gambar menunjukkan pihak polis menyerbu rumahnya di Serdang , Selangor walaupun pelakon itu tiada di rumah.

"Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula," kata Remy menerusi kapsyennya.

Setakat ini, tidak diketahui apakah maksud perkataan 'ugut bunuh' yang dinyatakan pelakon Nur Kasih itu.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan kenyataan lanjut daripada pelakon itu ketika ini, gagal apabila dia enggan untuk memberi sebarang komen.

"Nanti saya hubungi awak balik. Saya tengah kerja. Nanti saya hubungi balik ya," kata pelakon itu.

Sebelum ini, Remy membuat beberapa laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang diupah seorang wanita berstatus kenamaan.

Ugutan itu didakwa adalah disebabkan keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur tersebut.-UTUSAN ONLINE




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP