Monday, 26 September 2016

VIDEO: ‘Mung Wat Nate Apo’, Artis Mengamuk Belasah Suami, Kekasih Bogel



Kurang dari 24 jam, nama Nadia Nordin secara tiba-tiba menjadi trending di laman sosial Twitter dan Facebook gara-gara rakaman memaparkan dia memukul seorang lelaki didakwa suaminya selepas kantoi sedang ‘bermadu kasih’ bersama wanita simpanan.

Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah bilik hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas kelakuan curang suaminya itu diketahui Nadia.

Menerusi dua rakaman berasingan yang kini viral di media sosial menunjukkan wanita tersebut ‘naik hantu’ dengan bertindak memaki hamun, menumbuk serta menendang suaminya berkali-kali, selain memukul kekasih suaminya itu menggunakan botol kaca.

Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi 30 saat, wanita simpanan tersebut yang berada dalam keadaan berbogel telah ditengking oleh Nadia, selain dia dibaling dengan sebiji botol kaca sehingga menyebabkan botol tersebut pecah berkecai.

Wanita berkenaan yang duduk di lantai kedengaran menangis dan merayu supaya tidak dipukul , namun tidak diendahkan oleh Nadia.

Sementara, video kedua berdurasi 1 minit 16 saat pula menunjukkan Nadia melepaskan amarahnya dengan bertindak memukul, menumbuk, menendang serta memaki hamun suaminya dalam dielek Kelantan.

Tidak cukup dengan itu, Nadia yang memakai seluar pendek dilihat turut menarik rambut suaminya sambil terus menghemburkan kata-kata kesat.

“Mung wat nate apo katku? (Kau buat apa),” jerit wanita tersebut dalam rakaman berkenaan.

Netizen mendakwa ketika kejadian, perempuan tersebut berada dalam keadaan bogel bersama suami Nadia. Akibat dipukul menggunakan botol kaca, mangsa dikatakan cedera dan menerima 15 jahitan.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai bila dan lokasi sebenar insiden tersebut. Difahamkan, video tersebut didakwa telah disebarkan sendiri oleh Nadia.

Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap insiden berkenaan, di mana ada yang berpendapat bahawa tindakan Nadia memukul suaminya dan wanita tersebut adalah terlalu kejam, selain ada yang menggesa supaya siasatan dilakukan berhubung insiden terbabit.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP