Sunday, 11 September 2016

Sabotaj Najib: Exco Pemuda Umno Pulau Pinang Digantung



Ahli exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen mengecam apa yang disifatkannya sebagai tindakan "terpilih" selepas beliau digantung kerana dikatakan cuba mensabotaj Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Rafiq berkata beliau digantung sebagai ahli Umno selama enam tahun atau dua penggal manakala jawatannya sebagai exco Pemuda Umno juga digugurkan.

"Saya dijatuhkan hukuman yang sangat berat ini atas hanya satu pertuduhan kononnya saya didapati menghasut dan merancang untuk melakukan sabotaj terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron melalui satu Program Bicara Negarawan yang dicadang dianjurkan di Melaka pada tahun lalu,” katanya.

Acara ini, katanya adalah untuk menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perbincangan tentang masa depan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mohd Rafiq yang kecewa dengan penggantungan itu berkata acara itu tidak menjadi kenyataan dan jemputan awal dibuat kepada Mahathir ketika beliau masih ahli Umno.

Mohd Rafiq berkata beliau memanjangkan jemputan itu sebagai bantuan kepada seorang ketua cawangan Umno yang berminat untuk menganjurkan majlis yang menampilkan Mahathir tetapi kemudian membatalkannya atas kebimbangan mereka tidak boleh mengawal setiap butir kata ucapan bekas perdana menteri itu boleh katakan.

Beliau berkata setahun selepas kejadian itu, Idris atas sebab tertentu membangkitkan isu berkenaan semula sehingga menyebabkan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno.

"Saya berasa hairan bagaimana saya boleh dituduh menghasut dan merancang untuk mensabotaj Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka dan dijatuhkan hukuman yang sangat berat atas program yang tidak dianjurkan saya oleh saya, dan yang paling penting program itu dibatalkan dan tidak diteruskan atas usaha saya menyakinkan pihak penganjur sendiri,” katanya.

Mengutuk tindakan terpilih itu, Mohd Rafiq berkata, ada pemimpin Umno lain yang melakukan dosa lebih besar tetapi tidak menghadapi sebarang tindakan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP