BEBERAPA keping gambar tersebar menerusi media sosial China memaparkan tindakan sadis oleh seorang wanita yang memperlakukan teman lelakinya seperti anjing.
Menerusi gambar yang dimuat naik itu, seorang wanita memakai baju paras paha warna biru dilihat mengikat dan menarik teman lelakinya seperti haiwan peliharaannya.
Apatah lagi, lelaki yang lengkap berpakaian itu disuruh merangkak menggunakan kedua-dua belah tangan dan kakinya di khalayak ramai.
Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan kejadian itu berlaku di Fuzhou, wilayah Fujian pada 9 September lalu.
Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Lian, tindakan tidak bermaruah wanita itu menjatuhkan air muka pasangannya selain menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan kerana ramai yang berhenti untuk melihat kejadian itu.
Pihak polis terpaksa dihubungi untuk menangani kesesakan yang berlaku.
Pun begitu, wanita berkenaan berjaya dipujuk untuk melepaskan mangsa daripada terus diperlakukan sedemikian rupa.
Foto -foto yang tersebar di laman Weibo dengan tajuk ‘Kejadian sekitar Fuzhou’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.
Salah seorang daripada netizen menulis: “Bayangkan, bagaimana perasaan ibu bapa mereka yang melihat kejadian ini.”
Manakala seorang lagi berkata: “Di mana maruah seorang lelaki?”.
Walau bagaimanapun, laman itu tidak memberitahu kenapa wanita berkenaan bertindak sedemikian ke atas teman lelakinya.
- putera karya
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment