Berikut merupakan kenyataan media Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Dato' Jamal Md Yunos berhubung tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September lalu bagi memberikan sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim : -
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September lalu bagi memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan beliau amat terdesak kerana gagal mendapat sokongan rakyat.
Tun Mahathir yang satu ketika dahulu menggelar Anwar sebagai pengkhianat negara, agen yahudi dan Amerika Syarikat hari ini sanggup bersekongkol dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang dipecat sendiri oleh beliau kerana terlibat dalam jenayah kes liwat pada tahun 1998.
Tindakan Tun Mahathir seolah-olah merelakan dirinya 'menyerahkan lubang duburnya untuk diliwat Anwar' demi menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ternyata strategi politik Tun Mahathir serta kuncu-kuncunya bukan sahaja sebagai pengkhianat, bahkan tidak berprinsip, jijik dan kotor.
DATO' JAMAL MD YUNOS
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia
Khamis, 8 September 2016
- kitaikini.com
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment