Tuesday, 13 September 2016

Wanita Di Penjara Kerana Halang Konvoi Sultan Johor



JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap seorang tukang masak selepas mengaku bersalah menghalang penjawat awam ketika mengiringi konvoi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ke Mersing, minggu lalu. 

Tertuduh, Nur Haslinda Abdullah, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. 

Ibu kepada dua anak itu didakwa menghalang Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan, Superintendan M Kumar, menjalankan tugas di Kilometer 12 Jalan Tebrau menghala Kota Tinggi, di sini, pada jam 4.30 petang, 9 September lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- bharian

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP