KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail meminta individu dalam video menunjukkan seorang wanita dipukul dalam keadaan bogel oleh seorang wanita di sebuah bilik hotel di Pekan Sungai Golok, Thailand, tampil bagi membantu siasatan.
Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan polis telah menerima dua laporan polis yang dibuat keluarga mangsa.
Dalam pada itu, Astro AWANI menghubungi keluarga mangsa bagi mengesahkan dakwaaa wanita yang dipukul itu merupakan isteri kedua lelaki berkenaan.
Menurut kakak mangsa, adiknya belum mendirikan rumah tangga dan surat nikah yang viral di media sosial adalah palsu.
Wanita yang dipukul dan yang memukul itu juga saling mengenali.
Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas di Sungai Golok.
Sementara itu, keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul merayu orang ramai yang memiliki video yang dirakam ketika kejadian tersebut supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.
Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment