Monday, 26 September 2016

UMNO, BN tidak terancam dengan parti baharu Shafie - Tengku Adnan



Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak terancam dengan tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal untuk menerajui satu parti baharu dengan mengambil alih parti politik sedia ada di Sabah.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata situasi bekas pemimpin berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu bukan sesuatu yang asing bagi BN dan UMNO.

"Saya percaya selagi kita (UMNO dan BN) bersatu padu dan setia terhadap presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita tidak perlu risau situasi begini.

"Dia (Shafie) mahu cuba, saya ucapkan 'good luck and best of luck'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata UMNO yang ditubuhkan pada 1946 merupakan sebuah parti yang mempunyai struktur yang kukuh.

"Sepanjang 70 tahun penubuhannya, UMNO berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akibat kealpaan dan perbezaan pendapat yang berlaku dalam kalangan anggota.

"Bukan sekali kita dikhianati, bukan sekali pemimpin kita berpaling tadah dan menubuhkan parti baharu, banyak kali. Malah, kita terpaksa memikul masalah legasi terdahulu," katanya.

Selain itu, Tengku Adnan berkata semua anggota parti perlu mengekalkan semangat BN yang merupakan tunjang utama kekuatan parti itu.

"Contohnya ketika UMNO lemah pada pilihan raya umum 1999, undi Cina dan India menjadi penyelamat. Itu sebab kita kena kekalkan semangat BN pada semua ... daripada pelbagai kaum," katanya. -- BERNAMA


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP