Wednesday, 28 September 2016

Borang Dah Habis Berjuta Tapi Satu Bahagian 'Cap Bunga' Pun Tak Wujud



KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mendakwa borang yang diedarkannya habis direbut bakal ahlinya kononnya tidak sabar untuk menyertai parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Mykmu.net dalam pada itu mempertikaikan mengapa tiada satu pun bahagian diumumkan PPBM jika benar sudah berjuta-juta ahli pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan Siam mendaftar sebagai ahli.

"Jangankan Pengerusi Penaja PPBM Negeri, malah di peringkat Bahagian dan Cawangan pun tidak ada yang diumumkan secara rasmi?

"Melihat pada penubuhan PPBM, kita semua tahu bahawa ia merupakan parti serpihan UMNO. Sedikit sebanyak, struktur parti berkenaan biasanya juga seperti UMNO dan parti-parti lain seperti PKR, DAP, PAS dan sebagainya bukan?

"Jika sudah ada ‘berjuta-juta ahli’, mengapa tidak ada satu pun PPBM Bahagian atau Negeri yang ditubuhkan?" soal blog berkenaan.

Mykmu melaporkan, jika dianggarkan sambutan luar biasa terhadap edaran borang-borang PPBM, ahli parti berkenaan sudah mencecah 5 juta orang yang berkemungkinan besar majoritinya di Johor dan Kedah - negeri diwakili Muhuiddin dan Mukhriz.

"Siapa Ketua PPBM Bahagian Jerlun, Kubang Pasu, Langkawi, Alor Setar, Padang Terap, Merbok, Sungai Petani, Kulim-Bandar Baharu, Baling, Sik dan Pendang? Adakah PPBM ‘meminjam’ Datuk Mahfuz Omar dari PAS untuk mengetuai parti baru itu di Bahagian Pokok Sena?

"Atau Muhyiddin sedang mencatur orang-orangnya supaya menjadi Ketua PPBM di Bahagian-Bahagian di negeri Kedah itu? Dan Pengerusi PPBM pula sedang mencongak catur mahu melantik Ketua-Ketua PPBM Bahagian dari kalangan mereka yang ‘taksub’ padanya dan keturunannnya?" tulis blog berkenaan.

Jelasnya, perkara ketara ketika ini adalah di media sosial dimana 'ramai' ahli PPBM menyebarkan agenda parti.

"Tapi ‘macai’ ramailah di Facebook. Seorang ada 10 ‘fake account’, sudah tentulah ‘ramai’, bukan?" katanya.

Tambahnya lagi, PPBM perlu berhenti berpura-pura kononnya laris dipasaran sedangkan hakikatnya parti berkenaan sukar mendapatkan keahlian.

"Apa pula maksud Pengerusi PPBM yang mengatakan sekiranya Presiden PPBM menjadi Perdana Menteri, maka dia tidak akan terlalu bebas mentadbir negara kerana parti itu bukan saja memiliki Presiden, tapi juga mempunyai Pengerusi?

"Adakah Pengerusi PPBM itu mahu membayangkan pada Presiden PPBM di Johor itu bahawa dia sebenarnya perlu ‘menurut perintah’ Pengerusi PPBM seperti dulu-dulu? Apa petandanya kata-kata seperti itu diluahkan seorang ‘Maverick versi Malaysia’? Ingin kembali menjadi ‘diktator’?" katanya lagi.

- Malaysian Digest


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP