Mufti dan agamawan tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung desakan pembangkang yang mahukan pandangan mereka terhadap skandal 1MDB melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata sekiranya tidak ada sebarang penerangan kukuh mengenai sesuatu isu seperti 1MDB, ia dikhuatiri menjadi kenyataan yang tidak berasas, lapor Sinar Harian.
“Secara ringkasnya, kita tidak akan buat apa-apa kenyataan. Ia kerana tanpa ada sebarang penerangan kukuh terhadap sesuatu isu yang dibimbangi akan menjadi satu kenyataan yang tidak berasas pula,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Harrusani berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pembangkang agar mufti dan agamawan mengeluar kenyataan berhubung perkara itu.
Semalam Ahli Parlimen Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata desakan itu dibuat kerana pihaknya sayangkan institusi mufti, para ulama dan agamawan supaya mereka terus di hormati serta kekal relevan dalam masyarakat Islam.
Kamarul turut mempersoalkan sikap Harrusani yang meminta ahli politik menghentikan desakan tersebut.
Beliau yang juga Ketua Biro Antarabangsa AMANAH turut menegaskan bahawa isu 1MDB bukan hanya isu kewangan sebaliknya melibatkan hukum-hakam yang perlu diambil peranan oleh mufti dan agamawan dalam menjelaskan kedudukannya dengan baik.
- mkini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment