Seorang pekerja keretapi maut, manakala tiga lagi cedera apabila keretapi yang dikendalikan mereka terkena letupan bom ketika melepasi stesen Nikom Khokpo, semalam.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, keretapi enam gerabak dengan 100 penumpang itu dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Hatyai terkena bom seberat 20kg yang ditanam di landasan keretapi di stesen itu.
Bagaimanapun, semua penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Pattani, Thanongsak Wangsupa berkata, mangsa maut ialah Chavalit Khonpan, 53, manakala tiga pekerja lain cedera, termasuk seorang wanita yang menaiki gerabak terakhir tanpa penumpang.
Beliau berkata, keretapi itu singgah di stesen berkenaan dan mula bergerak apabila bom tersebut meletup di bahagian akhir keretapi terbabit menyebabkan gerabak terakhir terputus dua.
“Seorang daripada tiga yang cedera itu adalah kakitangan wanita yang mengalami kecederaan parah. Mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala yang cedera dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan,” katanya pada Sabtu.
Letupan bom itu meninggalkan lubang sedalam satu meter dan sebesar dua meter, kata Thanongsak yang menambah, polis sedang menyiasat pihak mendalangi serangan berkenaan.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment