Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas kecewa dengan akuan berkanun dan percubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku
Sariffuddin Tengku Ahmad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, impian Muhyiddin untuk
menjadi Perdana Menteri telah musnah dan kerjaya politiknya berakhir dalam keadaan mengaibkan.
"Muhyiddin harus melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat
dan parti yang telah memberinya begitu banyak – dan berundur secara senyap," kata beliau.
Semalam, Muhyiddin mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyaman beliau jika tuduhan rasuah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.
"Menggunakan 1MDB sebagai alasan, serangan bertubi-tubi melalui kempen memburuk-burukkan dan pembohongan bukan didorong oleh kepentingan negara dan rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai cita-cita politik yang mementingkan diri," kata Tengku Sariffuddin.
Tengku Sariffuddin berkata penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet dan UMNO adalah disebabkan perbuatannya sendiri.
"Dia melihat laluan ke puncak melalui rampasan kuasa yang didalangi Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Ia merupakan perebutan kuasa terhadap prinsip-prinsip demokrasi, dan ia gagal," katanya.
Di samping itu, beliau berkata peluang mendedahkan akuan berkanun di
mahkamah menunjukkan bahawa Muhyiddin telah melakukan kecurangan dengan isteri orang lain selama bertahun-tahun.
"Keputusan beliau untuk tidak menyaman, seperti apa yang beliau selalu
mencabar orang lain untuk melakukan, menunjukkan bahawa dakwaan itu adalah benar," katanya.
-Bernama
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment