Friday, 16 September 2016

Edisi Lawak Pecah Perut Dari Kerajaan Pas Kelantan

Kelantan sahkan larang kakitangan sertai 'parti baru'



Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan pihaknya mengeluarkan pekeliling bagi melarang kakitangan kerajaan negeri menyertai parti baru kerana bercanggah dasar sedia ada.

Katanya, semakan itu dikeluarkan memandangkan jawatan kakitangan berkenaan merupakan lantikan politik dan bukan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Itu surat lama, surat itu asli. Arahan itu dari kita orang. (Dah buat semakan) tak ada kakitangan yang masuk parti baru, mereka laporkan tidak ada.

“Kita cuma nak periksa, kerja dengan kerajaan mestilah ikut kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini sepucuk surat pekeliling bertarikh 9 September 2015 tersebar di media sosial yang mengarahkan tujuh jawatan pengarah dalam kerajaan negeri menyemak mana-mana kakitangan yang menyertai parti baru.

Gesaan itu ditujukan kepada Pengarah Pusat Kajian Strategik, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan.

Selain itu ia turut dihantar kepada Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Pengarah Urusetia Penghulu dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia.

Wan Roslan berkata, hasil semakan mendapati tidak ada kakitangan jabatan berkenaan yang menyertai parti baru itu.

Beliau berkata, sekiranya pihaknya mendapati terdapat kakitangan tersebut menyertai parti baru, tindakan selanjutnya akan dibincangkan kelak.

“Jangan keliru. Kita buat semakan mana-mana kakitangan itu sebab nak dapatkan maklum balas…keputusan yang kita terima tak ada kakitangan yang masuk parti baru.

“Kalau ada yang sertai kita akan bincanglah,” katanya.

Wan Roslan turut kesal dengan penyebaran surat tersebut dan menyifatkannya mempunyai niat tidak baik.

“Itulah, mereka ada niat tak baik. (tapi) itu cerita lama. Saya tak nak cari (pihak sebarkan) nak buat apa. Mereka kena bertanggungjawab dengan Allah taala, mereka berniat tak baik. Kalau niat baik, mereka akan tanya kita baik-baik,” katanya.

Surat berkenaan sebelum ini dipercayai merujuk kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ditubuhkan September tahun lalu.

AMANAH ditubuhkan selepas sebahagian pemimpin PAS tidak berpuashati dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Terbaru, ADUN Salor yang juga bekas exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa turut menyertai AMANAH.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP