Monday, 26 September 2016

Tiada Pilihanraya Di Pulau Pinang Bantah Persempadanan SPR



GEORGE TOWN: Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang tidak bercadang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membantah cadangan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan mengemukakan bantahan kepada SPR sebagai pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata, isu mengadakan PRN bagi membantah cadangan persempadanan itu di Pulau Pinang sebenarnya tidak berbangkit.

“Saya rasa kalau nak buat PRN sudah buat, tetapi…buat masa sekarang, perkara itu tidak berbangkit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan Pakatan Harapan negeri akan bermesyuarat bagi mendapatkan pendirian bersama dalam membantah cadangan kajian persempadanan itu.

Bagaimanapun, Chow yang juga exco kerajaan tempatan, lalu lintas dan tebatan banjir negeri berkata, beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan yang diadakan semalam.

Katanya, beliau difahamkan kerajaan Pulau Pinang akan meneliti impak kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu sebelum menentukan tindakan yang akan diambil.

“Kajian mengenai perkara itu mungkin dapat dimuktamadkan dalam tempoh 2 minggu lagi,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Pulau Pinang merancang menggunakan kuasa sebagai pihak berkuasa tempatan bagi mengemukakan bantahan berhubung proses persempadanan semula itu.

Pada 13 September lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Semua pihak diberi masa sebulan sehingga 14 Oktober ini untuk mengemukakan bantahan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP