Wednesday 14 September 2016

Korban Tak Jadi Gara-Gara Politik



Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam mengumumkan akan bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) melakukan korban di kompleks pasukan itu di Air Keroh, Melaka.

Bagaimanapun, hari ini, katanya beliau dimaklumkan bahawa ibadah itu tidak dapat dijalankan di tempat itu tanpa sebarang alasan diberikan.

“Pembatalan ibadah korban di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam di saat-saat akhir amat mendukacitakan," katanya.

Beliau yang juga kolonel kehormat pasukan itu justeru membangkitkan persoalan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.

“Saya sedang menghubungi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal APAM untuk mengetahui sama ada apakah ini arahan beliau atau pun arahan daripada kepimpinan politik negeri Melaka.

“Tidak perlulah mempolitikkan ibadah korban di hari raya yang penuh berkah ini!” kata anggota parlimen Bukit Katil itu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata telah menerima ucapan terima kasih dan pengesahan bahawa acara itu akan dijalankan pagi ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan APMM berkaitan dakwaan itu.

Sementara itu, Shamsul memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan semula lembu-lembunya ekoran pembatalan majlis korban berkenaan.

"Esok jam 10 pagi saya 'jemput' semula lembu saya," kata Shamsul ringkas dalam pesanan WhatsApp kepadaMalaysiakini.

- mkini





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP