Friday 30 September 2016

Nasi Lemak Anak Dara: MB Temui Gadis Beri Sokongan Dan Nasihat



SHAH ALAM, 30 SEPT: Perniagaan Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi viral dan dikenakan kompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima kunjungan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di Seksyen 7, di sini, pagi tadi.

Kunjungan Mohamed Azmin sebagai tanda sokongan kepada pemilik gerai itu, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang gigih menjalankan perniagaan bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

Mohamed Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda itu  dan beberapa peniaga lain di lokasi sama untuk menjalankan perniagaan secara sah dan menasihatkannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kerajaan Negeri sentiasa menghargai orang ramai yang berusaha mengubah nasib mereka dan mempertingkatkan pendapatan menerusi inisiatif keusahawanan.

“Saya menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan.

“Langkah ini selaras dengan dasar kerajaan mengecualikan bayaran fi lesen perniagaan penjaja kecil,” katanya menerusi laman Facebook.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin mewakili Kerajaan Negeri menyeru penjaja di tepi jalan memohon lesen sebelum menjalankan perniagaan.

Hal itu bagi memastikan faktor kesihatan, keselamatan dan kebajikan penjaja terpelihara.


- selangorkini -


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP