Tuesday 6 September 2016

Pasangan Kantoi Suami Orang, Fara Fauzana Batal Kahwin?

Fara Fauzana mengumumkan bahawa perkahwinannya minggu depan telah dibatalkan. — Foto ihsan Instagram/Fara Fauzana



KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Enggan menikahi suami orang punca bekas penyampai radio terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzil membatalkan perkahwinannya minggu depan, dakwa sebuah laporan Harian Metro.

Memetik seorang sumber yang tidak dinamakan, akhbar berkenaan melaporkan lelaki tersebut yang merupakan ahli jawatankuasa Pemuda Umno di satu bahagian di Lembah Klang merahsiakan statusnya daripada Fara.

“Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara.

“Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal.

“Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh,” lapor akhbar itu yang memetik sumber.

Namun, Fara masih belum mengesahkan dakwaan di dalam laporan tersebut kepada mana-mana media.

Fara, 36, pada Ahad mengumumkan membatalkan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di Damansara.

Bekas penyampai Hot FM itu berkata, mereka sudah saling mengenali sejak lebih dua tahun lalu namun Fara enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenali Mohamad Hafiz.

“Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

“Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP