Thursday 8 September 2016

Pesawat AirAsia Ke KL Tersilap Landing Di Melbourne



KESILAPAN juruterbang memasukkan koordinat yang salah ke dalam sistem navigasi menjadi punca penerbangan AirAsia dari Sydney ke Kuala Lumpur tiba-tiba berakhir di Melbourne, Australia sekitar Mac tahun lalu.

Pesawat AirAsia X, Airbus A330 yang dijadual meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pukul 11:55 pagi pada 10 Mac 2015 itu hanya tiba di Kuala Lumpur kira-kira sembilan jam kemudian.

Menurut laporan penuh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang diterbitkan hari ini, masalah itu berlaku apabila alat penutup telinga rosak menyebabkan kapten dan pegawai pertama tertukar pemeriksaan pra-penerbangan mereka.

Laporan berkenaan menyebut, kebiasaannya kapten akan menjalankan pemeriksaan luaran pesawat itu ketika pegawai pertama berada di kokpit dan antara tugas lain ialah menyiapkan kedudukan permulaannya dan penjajaran prosedur.


Bagaimanapun, pada hari kejadian, alat perlindungan telinga kapten tiada, jadi, beliau mengambil alih tugas kokpit, termasuk memasukkan koordinat semasa mereka, yang biasanya diberikan sebagai koordinat pintu berlepas ke dalam sistem navigasi dalaman pesawat.

Menurut laporan itu lagi, kapten berkenaan secara manual menyalin koordinat daripada sebuah papan tanda luar tingkap kokpit ke dalam sistem dan kemudian analisis menunjukkan ‘kesilapan kemasukan data’.

Beliau sepatutnya memasukkan longitud 151 ° 9.8 ‘timur, atau 15.109,8 dalam sistem, tetapi tersalah memasukkan ia sebagai 15 ° 19.8’ timur, atau 01.519,8.

“Ini menyebabkan ralat kedudukan melebihi 11,000 kilometer, yang menjejaskan sistem navigasi pesawat dan beberapa sistem amaran,” kata ATSB.

Pesawat itu menghabiskan masa selama tiga jam di Melbourne bagi membetulkan masalah itu sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

ATSB berkata; “Walau anak kapal yang berpengalaman sekalipun tidak kebal daripada kesilapan kemasukan data”.

Justeru, ATSB menggesa AirAsia untuk menaik taraf sistem penerbangan dan menambah modul latihan dalam sistem rujukan inersia yang terkini bagi mencegah atau mengesan kesilapan yang sama berulang pada masa hadapan.

Kejadian kesilapan teknikal ini merupakan yang ketiga membabitkan kumpulan AirAsia dalam tempoh 18 bulan di ruang udara Australia. -MYNEWSHUB.CC


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP