Monday 12 September 2016

Petik Apple: 34 Rakyat Malaysia Ditahan Imigresen Australia



Impian 34 rakyat Malaysia yang menaruh cita-cita untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan menyaksikan mereka berakhir di sebuah pusat tahanan imigresen Australia selepas menjadi mangsa kepada skim penipuan memetik buah-buahan.

Isu itu didedahkan oleh BERSIH Sydney, yang berkata mereka dihubungi oleh Salvation Army Australia untuk membantu rakyat Malaysia, termasuk dua di bawah umur, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood.

Dalam tulisan di Facebook, BERSIH Sydney berkata rakyat Malaysia yang ditahan itu akan dihantar pulang selepas ditangkap bekerja sebagai pemetik buah di ladang blueberry di Coffs Coast tanpa visa sah.

"Adalah jelas, kemudiannya bahawa pekerja haram ini menjadi mangsa kepada skim penipuan yang semakin berleluasa," katanya.

Menurutnya, ejen yang beroperasi di Malaysia, sesetengahnya dikaitkan dengan syarikat pelancongan, mendakwa mereka boleh membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pemetik buah-buahan di Australia dengan bayaran serendah RM3,999.

Ini dikatakan meliputi tambang kapal terbang, perbelanjaan hotel, permohonan visa, penginapan dan pengangkutan.

Ia berkata ejen berkenaan mengelirukan rakyat Malaysia yang berminat bahawa visa pelancong atau visa pelajar adalah mencukupi untuk membolehkan mereka bekerja di Australia.

"Ini lazimnya akan menyebabkan mereka bekerja di ladang buah-buahan melebihi had masa kerja yang ditetapkan dan menyebabkan visa mereka dibatalkan.

"Sebaik sahaja pekerja-pekerja ini ditangkap, ejen akan melepas tangan, manakala mangsa-mangsa terpaksa menanggung akibat dan risiko diusir pulang," katanya.

Tambahan pula, mereka yang bekerja di ladang itu juga adalah tertdedah dengan keadaan kerja dan hidup yang teruk, serta dibayar gaji di bawah paras minimum.

"Buat masa ini, kami bersama-sama dengan Salvation Army Australia, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan jenayah ini berakhir.

"Kami menasihatkan semua orang supaya ambil maklum mengenai penipuan ini dan hanya mendapatkan visa Australia melalui saluran yang sah," katanya.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia juga mengeluarkan amaran berhubung penipuan itu.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP