Monday 5 September 2016

Perisik China Goda Pemimpin Sidang G20

Presiden Barack Obama dan Presiden China Xi Jinping menikmati teh di Hangzhou sempena sidang kemuncak G20, 3 September 2016. — Foto Reuter


Pemimpin dan pegawai utama Britain diberikan amaran agar berhati-hati godaan perisik wanita China ketika sidang kemuncak kumpulan negara maju G20 yang sedang berlangsung.

Mereka diberikan amaran keras untuk menjaga keselamatan termasuk ketika bersendirian di bilik hotel, yang mungkin dipasang alat intipan.

Jika mencurigai bilik hotel mereka dipasang alat intipan, mereka digesa tidak berbogel walau ketika bersalin pakaian, lapor portal The Independent.

Pegawai yang mengikuti rombongan Perdana Menteri Theresa May ke sidang itu yang diadakan di Hangzhou, China diberikan alamat emel dan telefon sementara untuk mengelak alat komunikasi ini dipintas.

Rombongan Gordon Brown, perdana menteri Britain waktu itu, pada 2008 pernah kehilangan telefon dan dokumen selepas mengajak seorang wanita China ke bilik hotelnya.

- fmt

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP