Thursday, 15 September 2016

Selepas MCA, Nazri Cari Hal Dengan MIC Pula..

Nazri yakin hubungan Umno-MIC cukup kuat berdepan bidasannya



Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya kenyataannya mengenai MIC, memang menyakitkan, tetapi dibuat dengan keyakinan penuh bahawa ia tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua parti.

"Pada saya (apa yang saya katakan) tidak akan menyebabkan perpecahan parti kita dalam BN, saya masih yakin ini, sebab itu saya membuat kenyataan tersebut.

"Jika MIC tak kenal (Umno) serangan saya akan memang berniat untuk menyakiti mereka

"Tetapi hubungan kami begitu akrab, ini tidak akan menjejaskannya," kata Nazri yang juga adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kepada Malaysiakini.

Beliau berkata BN tidak seperti Pakatan Rakyat, yang hubungannya sebegitu rapuh hinggakan perbalahan di antara DAP dan PAS menyebabkan gabungan itu terkubur.

Bagaimanapun Nazri berkata, beliau memahami rasa tidak puas hati Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam.

Nazri mengulas kenyataan Subramaniam semalam yang membidasnya kerana menyinggung perasaan pemimpin akar umbi MIC.

Nazri dilaporkan memberitahu Malay Mail Online bahawa Umno adalah parti dominan dalam BN kerana parti-parti lain terpaksa bertanding di kerusi yang selamat.

Beliau memetik Subramaniam, sebagai contoh, walaupun berasal dari Pulau Pinang tetapi bertanding di Segamat, Johor.

Sebelum ini, Nazri terbabit dengan pertikaman lidah yang hangat dengan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker MCA, berhubung prestasi buruk parti komponen BN pada pilihan raya umum.

Nazri berkata beliau yakin perkara itu akan bertambah baik di bawah kepimpinan Subramaniam.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap Subramaniam. Dengan beliau menerajui MIC kita akan menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang."

Pada pilihan raya umum 2013, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya, manakala Umno memenangi 88 kerusi.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP