Henti ganggu pelatih anjing, kata Ambiga
Sejak tersebarnya video dia bersama anjing menyambut hari raya, Maznah Mohd Yusof, atau lebih dikenali sebagai Chetz, menjadi tumpuan ramai.
Jurulatih anjing berusia 38 tahun itu menerima ancaman bunuh, dia dilaporkan mendakwa cuba diserang imam di tempatnya, dan ditahan reman untuk disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Mengulas mengenai perkara ini, bekas Presiden Majlis Peguam, S Ambiga menyuarakan keprihatinanya terhadap gangguan yang dihadapi Maznah di tangan polis.
"Saya sangat bimbangkan keselamatannya serta mengenai ancaman yang diterimanya," katanya kepada Malaysiakini.
Ambiga, yang juga pengerusi bersama BERSIH 2.0 berkata, terpulanglah kepada seseorang itu sama ada bersetuju atau tidak dengan video tersebut.
Kebimbangannya, tegas Ambiga ialah berkaitan dengan respons yang keterlaluan terhadap video Maznah itu. Dalam nada menyindir, Ambiga juga menyentuh tentang tindakan cepat polis menyiasat video yang telah berusia tiga tahun.
Kepantasan dan kecekapan polis menyiasat kes tersebut, katanya, jauh berbeza apabila berhadapan dengan kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan ahli politik pemerintah.
Ambiga juga membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'melatah' dengan menganggap bukan Islam telah memperlekeh dan mempersenda agama Islam.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan saranan pihak tertentu supaya menyiasat timbalan perdana menteri atas dakwaan menghasut.
"Saya bukan peminat Akta Hasutan. Saya tidak akan menyokong penggunaan Akta ini terhadap sesiapa pun," jelasnya.
Namun begitu, Ambiga berkata beliau terkejut timbalan perdana menteri membuat kenyataan provokatif seumpama itu.
Sebagai timbalan perdana menteri, katanya, Muhyiddin harus tahu bahawa kegagalan untuk menarik balik kenyataan yang salah itu, adalah sama seperti mengelirukan orang ramai.
Friday, 2 August 2013
Ambiga Kelihatan Seronok Dengan Penghinaan Terhadap Islam
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment