Thursday 3 April 2014

Kelantan Sudah Masuk Perangkap UMNO

Payah nak cakap.

Yang suruh Kerajaan Kelantan bentang "Private BIll" ni adalah Jamil Khir.

Dia ni adalah UMNO.

Yang hairannya, Kerajaan Kelantan boleh ikut sahaja cakap si Jamil Khir masuk bakul UMNO.


Sedangkan YB Nasruddin Tantawi sendiri menentang saranan Jamil Khir tersebut. Tantawi mendesak supaya UMNO yang mengemukakan pindaan kepada Akta2 yang berkaitan seperti yang dilapor oleh Harakahdaily di bawah:

"Untuk perlaksanaan, kita boleh tubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji kaedah perlaksanaan.

"Namun untuk langkah pertama, kita kanunkan atau undang-undangkan dahulu dengan pihak kerajaan yang kemukakan usul di sini," kata beliau.

Persoaalannya adalah:


1) Kalau bentang pun "Private Bill" ni UMNO nak sokong ke? Apsal soalan mudah seperti ini pun MB Kelantan tak boleh fikir?


2) Kalau pembentangan "Private Bill" ni tidak menguntungkan UMNO, sudah tentu Jamil Khir takkan buat cabaran sedemikian sekali.

Akhirnya nanti, "Private Bill" ini akan dibakulsampah dan orang2 Cina akan menjauhkan diri dari PAS dan kemungkinan Pakatan Rakyat akan pecah kerana tindakan Kerajaan Kelantan ini.

Segala2 nya akan sia-sia dan yang untung adalah UMNO.

Sudah terbukti acap kali. BAngsa Melayu atas pagar tidak mengundi berdasarkan hukum hudud. Bagi mereka, ada atau tidak hukum hudud tidak menjadi isu kepada mereka. Dengan kata lain, isu hudud tidak menentukan arah tuju pengundian mereka2 yang berada di atas pagar dari kalangan Melayu.

Cukup2lah merugikan PAS. Takkan nak rugikan Pakatan Rakyat pula.

Marilah kita berdoa PAkatan Rakyat tidak berpecah dengan tindakan kurang matang Kerajaan Kelantan ini.

Takkan benda senang macam ni pun tak boleh nampak?


TULANG BESI


Kenyataan Media

Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,

Menteri Besar Kelantan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :


1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.


2. Kerajaan Kelantan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.


3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.


4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.


Sekian, salam hormat.


(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)

Menteri Besar Kelantan.


Pejabat Menteri Besar Kelantan.


Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M






PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP