Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi (atas).
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.
"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa pilihan raya umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).
"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.
Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin (atas) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment