Tuesday, 3 December 2013

Drama Terkini Kazin...

Aku yakin lepas ni akan ada banyak lagi drama dari Ostad Kazim ni lepas dia jadi MT pasainya aku dari dulu lagi rasa dia ni memang suka berdrama. Mungkin sesuai kut lepas ni David Teo boleh panggil Ostad ni pulak berlakun pasai dia ni pun dah jadi fenomena jugak...


Sinarharian melaporkan:
Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias mengesahkan sudah keluar daripada Pas, tetapi masih meninggalkan tanda tanya mengenai isu pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.


Beliau menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen semalam dan menyerahkan kepada Presiden Umno itu untuk mengumumkan kedudukannya berkaitan isu pelantikan itu.

Pertemuan selama sejam itu turut melibatkan perbincangan mengenai syarat tugas berkaitan dakwah yang beliau jalankan selama ini. - Sinarharian.
Naik meluat aku dengan isu Kazim ni, tak habih-habih lagi Ostad Kazim kesayangan blogger ManjongMari ni berdrama.

Kesian jugak aku bila baca berita dia mengadu pasai anak dia tu.

Bharian melaporkan:
"Menangis anak perempuan saya yang kecil itu. Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya. Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik kampung, tengok sawah, bendang.

"Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki.

Isteri saya kata: 'Abang, kami anak beranak berkorban, tak jumpa abang. Tak makan, tak minum (sama-sama) dengan ayah, tak bercuti, walaupun cuti sekolah dah tiga minggu.

"Kami berkorban sebab abang nak berceramah satu Malaysia tapi, sampai hati mereka panggil abang haram jadah, munafik, babi, anjing.' - Sinarharian.
Aku nak ucap selamat datang ke dunia sebenar politik Malaysia untuk isteri dan anak-anak Ostad Kazim. Kena tara tu kira tahap light lagi tu. Tara aku yang tahap blogger nyamok ni pun biasa ja kalau takat kena panggil "haram jadah, munafik, babi, anjing" tu.

Ostaz Kazim ni belum lagi kena tahap keluar muka gambar anjing dan babi lagi macam TG Nik Aziz kena, belum lagi tahap keluar video lucah macam Cikgu PA dan Anwar kena.

Belum tahap kena tahan ISA lepas tu pulak SB pi rumah psiko kat bini dan anak-anak macam-macam, belum lagi tahap kena belasah dalam lokap setengah mati.

Sinarharian juga melaporkan:
Pertemuan selama sejam itu turut melibatkan perbincangan mengenai syarat tugas berkaitan dakwah yang beliau jalankan selama ini.

Mohammad Kazim, ketika ditemui media selepas pertemuan itu, enggan mengulas panjang.

Katanya beliau menyerahkan kepada Najib untuk memilih masa yang sesuai bagi membuat pengumuman mengenai kedudukannya dalam isu pelantikan tersebut.

Beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, juga mengumumkan keluar secara rasmi daripada Pas.

Beliau menyifatkan sikap keterbukaan Najib mengundangnya menganggotai MT Umno itu sebagai bukti bahawa perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu. - Ibid.
Aku yakin lepas ni akan ada banyak lagi drama dari Ostad Kazim ni lepas dia jadi MT pasainya aku dari dulu lagi rasa dia ni memang suka berdrama. Mungkin sesuai kut lepas ni David Teo boleh panggil Ostad ni pulak berlakun pasai dia ni pun dah jadi fenomena jugak...

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/12/drama-terbaru-ust-kazim-elias-mt-umno.html#ixzz2mNkPtVwi



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP