Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengecam beberapa pemilik akaun laman media sosial yang mengkritik kepimpinan Umno yang tidak prihatin dengan mangsa banjir di beberapa negeri, sebaliknya lebih fokus kepada Perhimpunan Agung Umno.
Shahrizat ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak berasas kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pemimpin Umno lain telah pun berada di beberapa negeri yang dilanda banjir.
"Kenyataan-kenyataan itu bangsat. Presiden kita semalam meninggalkan dewan untuk melawat mangsa banjir," katanya dan menambah, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini pula turut berada di kawasan banjir.
"Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang?
"Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir," tegas Shahrizat, yang juga penasihat hal ehwal wanita, merujuk kepada wakil rakyat kawasan berkenaan, Fuziah Salleh.
Pergerakan Wanita Umno jelasnya telah menyediakan 4,000 sukarelawan daripada Skuad Sayang di lokasi-lokasi pusat pemindahan bagi membantu mangsa banjir sejak semalam, katanya.
– tmi
Friday, 6 December 2013
Shahrizat Marah Kenyataan Bangsat Kutuk Umno
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment