“Kerajaan pusat dan juga Majlis Keselamatan Negeri seharusnya bersedia dengan sepenuhnya menghadapi bencana ini kerana ia melanda saban tahun.
“Peruntukkan berbilion ringgit yang dibelanjakan untuk rakyat bagi menghadapi masalah ini tidak berguna jika tiada koordinasi dan pengurusan yang efektif,” kata Shamsul kepada Keadilandaily.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa sistem pengurusan banjir di negara kita antara yang terbaik di dunia, termasuk berbanding Amerika Syarikat.
“Tapi sebaliknya yang berlaku ketika banjir besar melanda negara kita baru-baru ini. Bukan sahaja bantuan lambat, tetapi mangsa banjir juga ditempatkan di pusat yang turut dinaiki air.
“Adakah disebabkan kawasan Kuantan dan Indera Mahkota di bawah Pakatan Rakyat, maka bantuan lambat dihulurkan? soal Shamsul.
Terdahulu, Shamsul melancarkan skuad khas AMK yang terdiri dari 50 anggota dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan dan negeri-negeri pantai timur.
Skuad khas AMK turut menyediakan empat buah bot disamping bantuan lori 10 tan yang terdiri dari makanan dan barangan keperluan asas.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment