Thursday, 1 September 2016

Polis Buru Pemandu Uber Rompak Penumpang



GEORGE TOWN: Polis sedang memburu seorang pemandu Uber yang didakwa merompak wang RM2,000 dan barangan berharga daripada seorang pekerja kilang warga Indonesia di Bayan Lepas, Sabtu lepas.

Dalam laporannya, mangsa, Yab Melva Novasia Sinaga, berkata dia dirompak RM1,150, dua juta Rupiah (RM613), rantai leher dan telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata, dalam laporan polis, mangsa berkata, pemandu berkenaan secara paksa mengambil daripadanya RM100 sebagai tambang dan RM250 kerana memarahinya, selain wang RM800 dan Rupiah, rantai leher dan telefon bimbit.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 petang di sebatang jalan mati selepas wanita itu membuat panggilan bagi mendapatkan perkhidmatan Uber untuk menghantarnya pulang ke rumah di Batu Maung.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP