Thursday, 2 June 2016

Rasuah Perempuan: 2 Pegawai Khas Azmin Akan Dipanggil



MENURUT satu sumber, dua pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor akan dipanggil susulan laporan “imbuhan perempuan” yang dibuat Naib Presiden/Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, seorang staf kepada pegawai khas terbabit yang telah menyampaikan perkara ini ke pengetahuan Rafizi hingga membawa kepada tindakan membuat laporan SPRM.

Staf itu dikatakan memberitahu Rafizi, rasuah melibatkan perempuan itu melibatkan beberapa YB PKR di Selangor dengan bos syarikat Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG).

Nama seorang  YB yang melepaskan kerusinya untuk “langkah Kajang” turut  dikaitkan selaku orang tengah dengan pengarah syarikat terbabit. – MYNEWSHUB.CC




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP