Wednesday, 1 June 2016

Terlalu Ghairah Asmara, Kereta Menjunam Ke Bawah Bukit



Polis Sweden memberi amaran kepada pasangan yang mahu melakukan hubungan seks di dalam kenderaan agar tidak terlupa menarik brek tangan.

Amaran itu dikeluarkan selepas van mini yang dijadikan tempat satu pasangan meluahkan rasa berahi mereka tiba-tiba meluncur menuruni bukit, lapor AFP.

Berdasarkan foto yang ditweet oleh polis daerah Sodermalm di sini, van tersebut tersadai di tepi semak selepas terlajak ke arah kaki bukit Tantoberget.

“Di puncak bukit Tanto, brek tangan tidak ditarik sewaktu satu pasangan terlalu ghairah melampiaskan nafsu. Utamakan keselamatan pada bila-bila masa,” kata polis di Twitter.

Menurut portal The Local pula, seorang wanita warga emas yang menyaksikan kereta itu menuruni bukit kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Namun pasangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kenderaan tersebut yang rosak, kata anggota polis Johan Säftström.

Menurut agensi berita itu lagi, jabatan polis ini dikenali dengan kiriman jenaka melalui media sosial dan ia berjaya menarik lebih 65,000 pengikut di Twitter.

Kontinjen polis Sodermalm pada bulan lalu turut mempersenda seorang remaja yang ditahan kerana memiliki lesen memandu palsu.

“Tidak elok cuba menipu seseorang dengan memiliki lesen palsu. Ia sangat bodoh jika lesen itu juga menunjukkan anda lahir pada 30 Februari,” tweet pasukan polis itu awal Mei.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP