Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata tidak guna mendakwa pengikut bapanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi tidak bersama parti itu. |
Nik Abduh mengisytiharkan “dosa besar” bagi mereka yang tidak bersama PAS menyebut nama bapanya, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), ketua Pemuda PAS juga berkata tidak guna mendakwa pengikut Nik Aziz tetapi tidak bersama parti itu.
"Dosa besar untuk menyebut nama dia tetapi berada di parti lain, dia [dari] muda sampai mati mempertahankan PAS,” katanya ketika menggulung ucapan di muktamar Pemuda PAS di sini petang ini.
"Jangan sebut nama tok guru dengan parti. [Boleh] puja perjuangan dia, [tetapi] bukan tubuh dia. Apabila jasad meninggal, jangan kamu tinggalkan perjuangan dia.”
Nik Aziz sering menjadi rujukan pemimpin dan penyokong Amanah, selain sikap warak dan rendah dirinya, kerana dianggap tegas menolak Umno dan ingin kekal dalam gabungan pembangkang.
- malaymail
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment