PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya campur tangan dalam pemilihan calon untuk memastikan orang yang dipilih itu mesra PAS dan tidak akan berpaling tadah atau mesra parti lawan.
Tanpa menyebut secara jelas, calon yang dimaksudkan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor, Nik Bakri Nikmat itu dirasakan ada kaitan dengan pencalonan Dr Abdul Rani Osman untuk PRK Sungai Besar yang dilihat lebih mesra AMANAH.
“Selangor rasa kalau boleh Dewan Ulama ambil ketegasan berkaitan dengan calon, mungkin Selangor ada terasa mungkin ada unsur-unsur pemilihan calon yang guna kaedah pencuri lawan pencuri atau harum manis lawan harum manis.
“Sepatutnya kita jelas bahawa pimpinan kita sama ada ulama atau profesional, kita terbuka dan terima profesional jadi pimpinan di Selangor. Tapi kita nak profesional yang tulen bukan cetak rompak dalam PAS,” katanya dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali hari ini.
Anak jati Selangor yang merupakan seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rani diangkat sebagai calon PAS untuk PRK Sungai Besar pada 18 Jun nanti.
Sementara itu, AMANAH dijangka mengumumkan calon mereka bagi PRK Sungai Besar malam ini.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN bagi PRK Sungai Besar.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment