Tuesday 8 April 2014

Teman wanita penumpang MH370 dakwa Jet pejuang iringi MH370 dalam operasi ketenteraan rahsia


Misteri kehilangan Malaysia Airlines Penerbangan MH370 KL-Beijing 8 Mac 2014 – Koleksi teori konspirasi dari luar negara mengenai nasib pesawat MH370 yang hilang dipercayai terhempas di lautan Hindi.


KUALA LUMPUR ( INTELLIHUB) – Dalam sentuhan peristiwa pelik, Sara Bajc, teman wanita penumpang penerbangan hilang 370, Phillip Wood, memberitahu CNN bagaimana tentera Malaysia dan juga Amerika Syarikat mungkin terlibat dalam rahsia besar kehilangan pesawat itu pada pagi 8 Mac.

Menggemparkan bila Bajc menyatakan kepada CNN, “Jet [penerbangan Malaysia Airlines MH370] sebenarnya telah diiringi oleh pesawat pejuang, terdapat beberapa saksi untuk itu.”.

“Saya fikir kita perlu mempunyai pandangan yang lebih baik dan mendalam; ke mana pesawat telah pergi dan siapa telah memilikinya kini”, Bajc berkata kepada CNN terus menjelaskan bagaimana dia merasakan teman lelakinya Phillip Wood masih hidup di suatu tempat.


                    “Perasaan saya adalah bahawa mereka masih hidup” – Bajc

Bajc juga menegaskan bahawa pemahaman umum di kalangan ahli-ahli keluarga juga bersandar ke arah pesawat itu masih utuh di suatu tempat, merujuk kepada operasi ketenteraan.

“Saya yakin bahawa tentera di Malaysia tahu bahawa kapal terbang itu berada di sana dan pesawat itu telah dikesan dalam beberapa cara. Sekarang sama ada mereka masih lagi mengawalnya atau tidak, kita tidak tahu. Ramai orang yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat adalah terlibat [...] tetapi pemikiran umum di seluruh keluarga di sini dan juga bukan keluarga [...] percaya ini adalah sesuatu operasi ketenteraan. “, Kata Bajc.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP