Empat hari selepas pengumuman 'petunjuk paling memberangsangkan' dalam carian penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang sudah sebulan, komander tentera laut US menyatakan keyakinan itu mereka sementara sahaja.
"Semakin masa berlalu, keyakinan kami pudar sedikit demi sedikit," CNN memetik Komander William Marks daripada US Fleet ke-7 berkata.
Pada Isnin, Angus Houston yang mengetuai Joint Agency Coordination Centre yang mengendalikan operasi pencarian yang luas di Perth, memberi bayangan penyelesaian selepas dua kejadian isyarat pinger dikesan oleh kapal laut Australia, Ocean Shield, salah satunya dikesan selama dua jam 20 minit.
Penemuan ini berikutan dua pengesanan awal daripada kapal laut China Haixun 01.
"Jelasnya ini merupakan petunjuk yang paling memberangsangkan dalam carian ini, mungkin maklumat yang terbaik yang kami terima," kata Angus.
Tetapi isyarat tersebut sehingga kini sama ada sudah berhenti atau tidak dapat dikesan, mengundang kebimbangan bateri yang digunakan untuk menghidupkan suar kotak hitam kemungkinan sudah habis.
Kotak hitam pesawat itu mempunyai jangka hayat 30 hari, dan kini memasuki hari ke-33 sejak kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, CNN memetik pesara Leftenan Kolonel Michael Kay dari Tentera Udara Australia berkata bateri tersebut boleh bertahan sehingga 40 hari.
Pencarian kini dikecilkan kawasannya kepada 29,000 batu persegi di 1,400 batu utara barat Perth, berbanding dengan pencarian 3 juta batu lautan dan darat pada awalnya.
Anggota Tentera Udara New Zealand, Kevin McEvoy memberitahu CNN bahawa fokus utama pencarian kini melibatkan kawasan di mana Ocean Shield dapat mengesan isyarat pada Sabtu.
CNN juga melaporkan bahawa trafik udara dan laut sedang dikurangkan dalam usaha para pencari untuk menenangkan lautan untuk memudahkan pengesanan isyarat.
Serpihan pesawat yang sehingga kini masih tidak dapat ditemui, walaupun dengan petunjuk yang memberangsangkan itu membuatkan penganalisis penerbangan CNN Miles O'Brien meragui jika isyarat yang didengari betul-betul datang daripada perakam pesawat MH370.
"Ia sama ada kejadian yang luar biasa, ataupun ping tersebut tidak benar," kata O'Brien. "Ia perkara yang paling pelik." – tmi
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment