Monday, 7 April 2014

Menteri - Pelabur Akan Lari Jika Kerajaan Ambil Alih Tol

Cadangan supaya kerajaan membeli semula syarikat konsesi tol perlu dikaji dan ditimbang dari segi keperluan rakyat, kemampuan kerajaan dan implikasi tindakan tersebut kepada negara secara keseluruhan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata jika kerajaan mengambil alih keseluruhan syarikat konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah memiliknegarakan keseluruhan syarikat.


"Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Fadillah, dasar penswastaan negara bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalak pertumbuhan ekonomi.

"Jika kerajaan mengambil alih syarikat konsesi tol, rakyat akan mengharapkan pemansuhan bayaran tol dan ini melibatkan dua kos yang begitu besar," katanya.

Fadillah berkata kerajaan mulai 2008 melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk mengurangkan beban tol yang ditanggung pengguna.

"Keprihatinan kerajaan ini diterjemah melalui pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan seperti bengkel dan makmal kerajaan serta sesi perundingan dengan syarikat konsesi yang terlibat.

"Antara inisiatif yang diambil ialah penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013, penutupan, pemansuhan dan pengurangan kadar tol berbanding kadar sebenar mengikut konsesi tertentu dan penstrukturan semula kadar tol," katanya.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP