Wednesday, 16 April 2014

Mahkamah Putuskan Wan Muhammad Azri Bukan Papagomo



KOTA BHARU 16 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini bukan pengendali laman blog Papa Gomo sepertimana yang didakwa sebelum ini.

Keputusan tersebut berikutan Peguam kepada Datuk Shukri Mohamed, Hisham Fauzi, gagal membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo dalam tuntutan saman RM10 juta terhadap defendan.

Ketika membacakan keputusan, mahkamah mendapati tiada sebarang dokumen yang boleh membuktikan Wan Azri sebagai Papa Gomo malah keterangan saksi plaintif bukan satu bukti sahih yang boleh disahkan oleh mana-mana dokumen rasmi.

Mahkamah kemudiannya memutuskan Shukri membayar kos mahkamah sebanyak RM10 ribu kepada defendan.

Sebelum ini Shukri memfailkan saman terhadap Wan Azri yang dikatakan sebagai Papa Gomo berikutan terbitan artikel dalam blog bertajuk 'Ratusan Ribu Wang Lesap Disamun Penasihat Sultan Kelantan' beralamat di www.papagomo.com pada 4 Mei 2011.

Tuntutan Shukri juga meliputi arahan Wan Azri mengemukakan permohonan maaf secara terbuka termasuk mengiklankannya di akhbar berbahasa Melayu tempatan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

XUMNO 16 April 2014 at 17:38  

Rupanya masih ada lagi pihak yang tidak mahu menerima keterangan menteri yang menyatakan mangkuk ni adalah papagomo!!Kalau semuanya nak berbuktikan dokumen rasmi, bermakna beratus ribu pendatang asing tidak wujud di Malaysia sebab mereka tidak ada dokumen rasmi yang menyatakan mereka pendatang asing.

mydoc 16 April 2014 at 18:17  

Macam ni punya kes pun ada ka? Habis yg DSAI menang tu mahkamah mana yg sahkan itu papagomo? Lain mahkamah lain keputusan ka?

gengster melayu alaf baru. 16 April 2014 at 20:41  

Itulah mahkamah mlysia.
Mahkamah d politikkan.
Kasihan rkyt yg mngharapkan keadilan dr mhkamah tapi smua bohong dan dusta..
Menteri juga pmbohong dan pnipu rkyt...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP