Friday, 4 April 2014

PANAS - Gadis Buat Laporan Polis Dicabul Pakar Motivasi Terkenal



Risau digagalkan dalam subjek diambil, seorang pelajar perempuan IPT mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul seorang pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sejak beberapa bulan lalu.

Kini, mangsa yang berusia 20 tahun tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian oleh pensyarah yang sering muncul dalam beberapa program televisyen & radio itu tampil membuat laporan di Balai Polis Arau, selepas selesai peperiksaan akhir semester.(gambar hiasan)

Dalam kejadian terbaru pada Jumaat yang lalu, mangsa mendakwa dicabul kehormatan termasuk payu daranya diramas oleh pensyarah berusia 40-an iaitu ketika di bilik lelaki itu. 

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan bagi melakukan ulang kaji sebelum lelaki itu duduk di sebelah mangsa.

“Ketika itu mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

“Mangsa yang terkejut cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit di dalam subjek diambilnya sebelum hanya membiarkan suspek bertindak sedemikian,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP